Bahasa Hungary
Bahasa Hungary

Bahasa Hungary

Bahasa Hungary atau Bahasa Magyar (magyar nyelv  listen (bantuan·maklumat)) merupakan satu ahli famili bahasa-bahasa Finno-Ugrik, secara terperincinya satu bahasa Ugrik yang tiada pertalian darah dengan bahasa-bahasa Eropah Tengah yang lain. Sebagai salah satu daripada sebilangan kecil bahasa Eropah moden yang tidak tergolong dalam famili bahasa-bahasa Indo-Eropah, bahasa Hungary banyak meraih minat para pakar bahasa. Bahasa ini ditutur di negara Hungary serta kaum minoriti Hungary di tujuh buah negara yang berjiran dengan Hungary. Nama tempatan bahasa ini disebut magyar [ˈmɒɟɒr̪].Terdapat kira-kira 13 juta orang yang menutur bahasa Hungary sebagai bahasa ibunda, termasuk 9.5-10 juta orang yang tinggal di Hungary zaman sekarang. Terdapat dua juta orang penutur yang tinggal di kawasan yang dahulunya merupakan sebahagian Kerajaan Hungary sebelum Perang Dunia Pertama, termasuklah kumpulan terbesar yang tinggal Romania, di mana terdapat kira-kira 1.4 juta orang berbangsa Hungary. Penutur bahasa Hungary juga didapati di Slovakia, Serbia, Ukraine, Croatia, Austria, dan Slovenia, serta kira-kira sejuta orang yang tinggal merata tempat di seluruh dunia.

Bahasa Hungary

Diiktiraf sebagai bahasa minoriti dalam  Romania
 Serbia (di Vojvodina)
 Croatia
 Slovakia
 Slovenia (di Prekmurje)
 Austria (di Burgenland)
 Ukraine (di Beregove, Mukachevo, Vinogradovo dan daerah-daerah Uzhgorod Kawasan Transkarpation (Oblast Zakarpatska)
Asli di Hungary dan kawasan Austria timur, Croatia, Poland, Romania, utara Serbia, Slovakia, Slovenia, barat Ukraine.
Etnik Orang Hungary
Sebutan akan ditambah
Sistem penulisan Rumi (Abjad Hungary)
Braille Hungary
Abjad Hungary Lama
Bahasa rasmi di  Hungary
 Kesatuan Eropah
Linguasphere 41-BAA-a
Linguist List ohu Hungary Lama
Dikawal oleh Institut Penyelidikan untuk Linguistik Akademi Hungary Sains
Penutur asli 13 juta  (2002–2012)e18
ISO 639-1 hu
Keluarga bahasa
Bahasa Ural
ISO 639-3 Either:
hun — Hungary Moden
ohu — Hungary Lama
ISO 639-2 hun